Fungsi-fungsi
- Melaksanakan aktiviti ar-rahnu dan urusniaga emas yang berdaya saing dan mandiri.
- Melaksanakan penstrukturan aliran tunai yang berkesan
- Memberi pulangan dalam bentuk sumbangan 1 hingga 2% kepada dividen KPF.
- Menjadikan urusniaga emas sebagai aktiviti utama.
KPF menawarkan perkhidmatan ar-rahnu, skim pajak gadai Islam yang menyediakan pembiayaan alternatif kepada individu, khususnya anggota KPF untuk memenuhi keperluan tunai dengan segera, menawarkan peluang pelaburan dan menyekat aktiviti pembiayaan yang tidak patuh syariah.
“Ar Rahn KPF” adalah jenama milik KPF yang distruktur di bawah konsep Tawaruq dengan kadar keuntungan sebanyak 1% daripada jumlah pembiayaan.
Marhun atau emas yang telah melebihi tempoh pinjaman dan tidak ditebus akan melalui proses lelongan di cawangan. KPF juga menjalankan aktiviti jual beli emas dengan membeli semula emas lelongan yang tidak berjaya dilelong dan kemudiannya dijual pada pihak ketiga.
Urusniaga penjualan emas pertama dilakukan pada 23 April 2021 di Kaunter Khidmat Anggota, Balai FELDA, Kuala Lumpur. Manakala urusniaga pembelian emas diperkenalkan pada 2 November 2020 di cawangan Ar Rahn KPF Seremban. Aktiviti urusniaga emas adalah inisiatif untuk mempelbagaikan cabang perniagaan di dalam industri emas dan berpotensi memberikan keuntungan.
“Ar Rahn KPF” adalah jenama milik KPF yang distruktur di bawah konsep Tawaruq dengan kadar keuntungan sebanyak 1% daripada jumlah pembiayaan.