Khidmat Anggota

Permohonan menjadi anggota hendaklah dibuat dalam borang rasmi Koperasi ini dan dialamatkan kepada setiausaha Koperasi atau pegawai Koperasi yang dipertanggungjawabkan

Kelayakan untuk menjadi anggota KPF ialah:

  1. peneroka-peneroka Felda, isteri dan anak-anak;
  2. koperasi-koperasi peneroka Felda yang didaftarkan di bawah Akta sebagai koperasi asas atau koperasi menengah
  3. kakitangan Felda, isteri dan anak-anak; dan
  4. koperasi kakitangan Felda yang berdaftar di bawah Akta
  5. warganegara Malaysia
  6. telah mencapai umur lapan belas tahun
  7. bermastautin atau mempunyai hartanah atau bekerja dalam kawasan operasi Koperasi ini; dan
  8. bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan yang boleh daftar, atau bankrap yang belum dilepaskan, atau pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh satu tahun

Tambahan syer boleh dibuat di mana-mana Kaunter KPF atau melalui Pejabat Felda atau mengirim bayaran tambahan (bukan tunai) kepada KPF.

Mulakan Carian

PETUGAS

ANGGOTA

ORANG AWAM