Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad (KPF) mengalu-alukan penyertaan vendor yang berkelayakan untuk membekalkan barangan dan perkhidmatan kepada KPF. Semua vendor yang berhasrat untuk berurusan dengan KPF hendaklah berdaftar selaras dengan Polisi Perolehan Kumpulan KPF.
Kelulusan pendaftaran vendor adalah tertakluk kepada pertimbangan KPF dan tidak menjamin sebarang pemberian kerja, kontrak atau jemputan tawaran.
Kaedah Pendaftaran
- Pendaftaran Manual: Muat turun borang pendaftaran vendor dan emelkan borang lengkap beserta dokumen sokongan kepada Bahagian Perolehan KPF.
- Pendaftaran melalui ProcureHere: Pendaftaran atas talian melalui platform ProcureHere. Keperluan pendaftaran melalui platform ini akan dinyatakan bagi tawaran tender yang berkaitan.
Nota: Permohonan yang tidak lengkap boleh menyebabkan semakan tertangguh.