Tawaran Tender

Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad (KPF) akan memaparkan iklan tawaran tender dari semasa ke semasa melalui laman ini. Vendor yang berminat adalah dinasihatkan untuk menyemak butiran iklan bagi memahami skop kerja, syarat penyertaan serta tarikh tutup tawaran.

Untuk melihat tawaran tender semasa, vendor hendaklah mengakses portal ProcureHere KPF melalui pautan yang disediakan.

Kaedah Penyertaan Tawaran Tender

Bagi tawaran tender yang dinyatakan memerlukan penggunaan platform ProcureHere, penyertaan hendaklah dibuat seperti berikut:

  • Vendor yang telah berdaftar dan mempunyai akaun ProcureHere
    Boleh terus mengakses dokumen tender dan mengemukakan tawaran melalui platform ProcureHere dengan mengklik pautan yang disediakan.
  • Vendor yang belum berdaftar dengan ProcureHere
    Dikehendaki membuat pendaftaran akaun ProcureHere terlebih dahulu sebelum dapat menyertai tawaran tender yang berkaitan.

Perhatian: Hanya vendor yang berdaftar melalui platform ProcureHere layak menyertai tawaran tender yang dinyatakan memerlukan penggunaan platform tersebut.

Nota: KPF berhak menerima atau menolak mana-mana tawaran tanpa terikat untuk memberi sebarang sebab.

Pautan Pantas

Bahagian Perolehan KPF

Mulakan Carian

PETUGAS

ANGGOTA

ORANG AWAM